Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Havertz hero Leverkusen benam Bremen
  • SUKAN

Havertz hero Leverkusen benam Bremen

Utusan Sarawak 5 years ago

Leverkusen's German midfielder Kai Havertz (C) scores the opening goal during the German first division Bundesliga football match Werder Bremen v Bayer 04 Leverkusen on May 18, 2020 in Bremen, northern Germany as the season resumed following a two-month absence due to the novel coronavirus COVID-19 pandemic. (Photo by Stuart FRANKLIN / POOL / AFP) / DFL REGULATIONS PROHIBIT ANY USE OF PHOTOGRAPHS AS IMAGE SEQUENCES AND/OR QUASI-VIDEO

PEMAIN tengah Bayer Leverkusen, Kai Havertz (tengah) menjaringkan gol pembukaan semasa perlawanan Bundesliga Jerman menentang Werder Bremen di Bremen, utara Jerman ketika musim ini disambung semula selepas terhenti dua bulan kerana wabak Covid -19. – Foto AFP

JERMAN BUNDESLIGA

KAI Havertz menjaringkan dua gol ketika Bayer Leverkusen mengakhiri pusingan pertama perlawanan Bundesliga dalam tempoh lebih dua bulan dengan kemenangan 4-1 di Werder Bremen semalam yang membolehkan mereka berada satu mata di belakang empat pasukan teratas.

Pasukan pelawat menghadapai perlawanan ini hanya empat mata di belakang RB Leipzig di tempat keempat setelah pasukan yang turut berharap untuk  turut layak ke Liga Juara-Juara UEFA itu seri 1-1 dengan Freiburg pada hari Sabtu, ketika Bundesliga menjadi liga Eropah utama pertama disambung semula semasa wabak Covid-19.

Pemain tengah Havertz, yang dilaporkan menjadi sasaran perpindahan beberapa kelab terbesar di Eropah termasuk Liverpool dan Barcelona, ​​mempamerkan aksi bintang di Weserstadion yang kosong.

Dia telah menjaringkan 12 gol dalam semua pertandingan musim ini, dengan menjaringkan 20 gol musim lalu.

Ia merupakan kemenangan ke-10 Leverkusen dalam 11 perlawanan, tetapi kemenangan pertama mereka sejak menang 3-1 di Rangers dalam peringkat 16 pasukan terakhir Liga Europa, 16 Mac lalu.

Selepas permulaan permainan yang perlahan dalam suasana yang menyeramkan seperti semua perlawanan hujung minggu, dengan semua permainan dimainkan dalam stadium kosong, pertemuan itu meledak dengan tiga gol dalam tempoh lima minit.

Pemain berusia 20 tahun Havertz meletakkan Leverkusen di hadapan pada minit ke-28, sebelum pertahanan kanan Bremen, Theodor Gebre Selassie menyamakan kedudukan.

Tetapi Havertz mengembalikan kelebihan Leverkusen tiga minit kemudian dengan satu lagi tandukan, hasil sepakan percuma Kerem Demirbay.

Pasukan Peter Bosz melengkapkan kemenangan selesa dengan dua gol  babak kedua menerusi Mitchell Weiser dan Demirbay.

Kekalahan berat ini mengekalkan Bremen dalam zon penyingkiran, lima mata di bawah tempat ‘play-off’ penyingkiran dan sembilan di bawah zon selamat, walaupun bermain kurang satu perlawanan.

Bremen hanya menghabiskan satu musim, kempen 1980-81, di luar divisyen satu Jerman sejak terbentuknya Bundesliga pada tahun 1963. – AFP

Continue Reading

Previous: Bina kekuatan fizikal, mental – Watson
Next: Kelab bersetuju dengan latihan berkumpulan mulai Rabu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.