Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Hasrat Maghribi ke pusingan kalah mati tertangguh
  • SUKAN

Hasrat Maghribi ke pusingan kalah mati tertangguh

Utusan Sarawak 6 hours ago
TUAN rumah Maghribi terlepas peluang mengesahkan tempat ke pusingan 16 Piala Negara-Negara Afrika selepas diikat 1-1 oleh Mali. Foto AFP

RABAT: Hasrat Maghribi untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025 masih tertangguh selepas terikat 1-1 dengan Mali, awal pagi tadi.

Beraksi di Stadium Prince Moulay Abdellah, Maghribi terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti Brahim Diaz pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Penalti itu diberikan selepas pengadil meneliti rakaman VAR apabila bola terkena tangan pertahanan Mali, Nathan Gassama.

Namun kelebihan itu gagal dipertahankan apabila Lassine Sinayoko menyamakan kedudukan pada minit ke-64, juga menerusi sepakan penalti selepas semakan VAR.

Keputusan 1-1 itu menamatkan rekod 19 kemenangan berturut-turut Maghribi, namun mereka masih mendahului Kumpulan A dengan empat mata.

Maghribi hanya perlu menewaskan Zambia dalam perlawanan terakhir kumpulan untuk mengesahkan tempat sebagai juara kumpulan. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Salah bantu mesir benamkan Afrika Selatan, untuk ke pusingan kalah mati
Next: Slot: Ekitike tuai hasil peningkatan fizikal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.