Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hasil pendapatan Sarawak tinggi bukan nasib semata-mata – Uggah
  • SEMASA

Hasil pendapatan Sarawak tinggi bukan nasib semata-mata – Uggah

Utusan Sarawak 9 months ago

Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucap pada Majlis Sambutan 100 Tahun Rumah Panjang Nanga Samu, Paku dekat Betong, hari ini.

BETONG: Kebijaksaan barisan para pemimpin di Sarawak diketuai Premier Sarawak dalam kejayaan mencorak pembangunan dan ekonomi di negeri ini, bukanlah atas faktor nasib semata-mata.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ia sebaliknya merupakan hasil daripada kebijaksanaan para pemimpin pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Baru-baru ini, ada terdapat segelintir pihak menceritakan, pemimpin kita hanya ‘bernasib baik’ apabila tahun lepas Sarawak telah mencatatkan pendapatan berjumlah RM13.3 bilion, antara angka yang tertinggi pernah dicatatkan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan 100 Tahun Rumah Panjang Nanga Samu, Paku dekat sini hari ini.

Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata Sarawak amat beruntung kerana dipimpin oleh Premier Sarawak yang berpandangan jauh, mempertahankan hak-hak Sarawak demi kelangsungan pembangunan dan rakyat di negeri ini.

“Segala perancangan pembangunan yang dihasilkan itu bukanlah bergantung kepada nasib kepimpinan itu, namun ia bergantung kepada hasil pembangunan yang dikecapi dan hasil usaha serta perancangan tepat Premier Sarawak.

“Oleh itu, kita perlu mengabaikan suara sumbang itu dan Sarawak akan terus memandang ke hadapan untuk mencapai negeri maju menjelang 2030.

“Lebih menguntungkan, kita dapat meningkatkan kehidupan rakyat, dan keadaan ini dapat dicapai disebabkan wujudnya kepimpinan negeri Sarawak yang berpandangan jauh dan bijaksana,” katanya.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: KPDN kesan 7 stesen minyak di Sarawak jual diesel, RON95 pada kadar ‘luar biasa’
Next: Hasrat Sarawak miliki syarikat penerbangan sendiri dijangka tercapai akhir tahun 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.