Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hasbi hadir majlis persandingan anak Abdul Rahman di Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

Hasbi hadir majlis persandingan anak Abdul Rahman di Limbang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SELAMAT PENGANTIN BARU… Hasbi Habibollah (tiga kiri) dan Elsi Marlisa Abdullah (tiga kanan) hadir memeriahkan majlis persandingan pengantin lelaki yang juga anak Dr Abdul Rahman (dua kiri) dan Dayang Maimunah (dua kanan) bersama keluarga pengantin.

LIMBANG: Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah, bersama isteri, Datin Elsi Marlisa Abdullah, meluangkan masa menghadiri majlis persandingan anak kepada Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan isteri, Datin Dayang Maimunah Awang Mohd Daud, yang diadakan di Dewan Suarah Limbang, hari ini.

Pengantin lelaki, Abdul Hadi, merupakan anak kedua daripada empat beradik pasangan Datuk Dr Abdul Rahman dan Datin Dayang Maimunah, manakala pengantin perempuan, Mansurah Dr Hasri, berasal dari Melaka.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang dan isteri, Datin Mary Sindang; Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal, Pengerusi Majlis Daerah Limbang, Kaunselor Sufian Mohat dan isteri, Siti Mariam Fadil, serta ibubapa pengantin perempuan, Dr Hasri Samion dan Siti Zaila Lias.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Subis berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan budaya, makanan – Abdul Karim
Next: Lapan mangsa dipindahkan akibat banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.