Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hari ke-9: Mangsa masih gagal ditemui
  • TEMPATAN

Hari ke-9: Mangsa masih gagal ditemui

Utusan Sarawak 4 years ago
OPERASI… Kelihatan para petugas berada di tengah Sungai Kemena dalam usaha untuk mencari kereta yang terjatuh ke dalam Sungai Kemena, Sebauh.

NIAH: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Sebauh masih meneruskan kerjasama kepada bomba dan polis marin dalam mencari sebuah kereta yang dipercayai terjatuh ke Sungai Kemena Sebauh.

Ketua Perhubungan RELA Kawasan (KPRK) Daerah Sebauh, Abu Samah berkata demikian ketika dihubungi Utusan Sarawak semalam.

Katanya, kejadian kereta terjatuh ke sungai kini telah masuk hari kesembilan namun masih gagal dan semua pihak sedang berusaha keras.

“Turut hadir menyaksikan kerja mencari mangsa adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, Dato Sri Stephen Rundi Utom dan Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King Sing.

“Operasi tersebut turut mendapat perhatian oleh orang ramai untuk menyaksi secara dekat para petugas mencari kereta terbabit,” jelasnya.

Terdahulu, kejadian berlaku pada malam 30 November lalu dan maklumat daripada saksi kejadian mendapati sebuah kereta terjunam ke dalam sungai di Jeti JKR, Sungai Kemena, Sebauh.

Menurut saksi, berkemungkinan mangsa masih berada di dalam kereta tersebut, namun tidak dapat dipastikan jumlah mangsa terlibat dan jenis kenderaan mangsa.

Dalam operasi itu, East Marin Work melakukan pencarian ‘Searching Sonar (Scanner 3D)’ pada jarak sekitar 100 meter dari jeti namun tiada petunjuk penemuan kenderaan dan mangsa.

Pada masa sama, kerja mencari dibahagikan kepada agensi lain untuk kawasan pencarian dan operasi selanjutnya.

Antara pasukan penyelamat yang terlibat ialah bomba, polis marin, Pasukan Sukarela Diver Samarahan,16 agensi Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pejabat Daerah, RELA Sebauh, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sebauh dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

Oleh ADUM LIU

Continue Reading

Previous: Amalkan kesepakatan elak perpecahan
Next: “Suara rakyat keutamaan kerajaan”

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.