Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hari Integriti peringkat KKD berlangsung hari ini
  • NASIONAL

Hari Integriti peringkat KKD berlangsung hari ini

Utusan Sarawak 2 years ago
MENTERI Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengadakan sambutan Hari Integriti peringkat KKD 2023 , hari ini.

Sambutan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks KKD di Putrajaya itu, akan dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Turut hadir ialah pegawai kanan dan warga kerja kementerian serta jabatan dan agensi di bawah KKD.

Majlis sambutan itu akan disiarkan secara langsung di Facebook KKD.

Sambutan berkenaan bersempena Hari Integriti Nasional pada 5 November dan Bulan Integriti Nasional 2023 bertemakan Integriti Citra Malaysia MADANI sepanjang bulan ini.

Bulan Integriti Nasional menyaksikan penganjuran pelbagai program dan aktiviti, bertujuan memantapkan pembudayaan nilai-nilai tadbir urus, integriti dan anti-rasuah. – Bernama

Continue Reading

Previous: Struktur cukai jalan EV diumum bulan depan – Loke
Next: Anwar dijangka jelas pendirian kerajaan mengenai RUU AS, sekat pihak sokong Hamas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.