Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hari Gawai kini jadi medium perkukuh perpaduan komuniti
  • Selatan
  • WILAYAH

Hari Gawai kini jadi medium perkukuh perpaduan komuniti

Utusan Sarawak 3 hours ago
AHLI Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie pada Majlis Mantar Gawai JKKK Sungai Pinggai Undop yang berlangsung di Simanggang, semalam. Foto Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Sambutan Hari Gawai pada masa kini dilihat semakin berkembang selaras dengan perubahan zaman, namun masih mengekalkan nilai tradisi dan semangat kesyukuran yang menjadi teras utama perayaan masyarakat Dayak sejak dahulu lagi.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie berkata, suasana sambutan Hari Gawai pada hari ini amat berbeza berbanding zaman nenek moyang terdahulu yang lebih tertumpu kepada upacara kesyukuran selepas selesai musim menuai padi.

Menurut beliau, masyarakat dahulu menyambut Gawai dalam suasana sederhana dengan penuh adat serta ritual tradisional sebagai tanda penghargaan atas hasil tuaian dan rezeki yang diperoleh sepanjang musim pertanian.

“Namun pada hari ini, konsep sambutan Gawai lebih menjurus kepada usaha memperkukuhkan perpaduan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga, penduduk rumah panjang dan komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mantar Gawai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Pinggai Undop yang berlangsung di sini semalam.

AHLI Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie pada Majlis Mantar Gawai JKKK Sungai Pinggai Undop yang berlangsung di Simanggang, semalam. Foto Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

Tambah beliau, walaupun bentuk sambutan semakin moden dan pelbagai aktiviti diperkenalkan, roh serta semangat kesyukuran tetap terus dipupuk agar tradisi dan warisan Gawai kekal terpelihara dalam kalangan generasi muda.

Dalam pada itu, Doris turut mengingatkan masyarakat supaya mengamalkan perbelanjaan secara berhemah dan membeli mengikut keperluan sahaja dalam membuat persiapan sambutan Gawai.

Katanya, langkah tersebut penting bagi memastikan masyarakat tidak terbeban dengan kos perbelanjaan yang tinggi semata-mata untuk meraikan perayaan.

Turut berucap pada majlis berkenaan ialah Pengerusi JKKK Sungai Pinggai, Ivyana Giyang yang menzahirkan penghargaan atas sokongan penduduk dalam menjayakan program tahunan tersebut.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh warna-warni itu turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan dan nyanyian yang menyemarakkan lagi sambutan Hari Gawai, selain dihadiri Temenggong Leonard Libau dan Penghulu Empaga bersama penduduk setempat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Polis Bau turunkan 82 poster pinjaman wang haram dalam Op Vulture
Next: Masjid Baru Maludam jadi sasaran vandalisme, ADUN Lingga mahu tindakan tegas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.