Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 – 17 Mei
  • NASIONAL

Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 – 17 Mei

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 11 hingga 17 Mei ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Bernama

Continue Reading

Previous: 69 balai bomba berusia lebih 50 tahun dinaik taraf
Next: Azam Baki dilantik semula sebagai KP SPRM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.