
LINGGA: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkesempatan menziarahi dan memberi penghormatan terakhir terhadap rakan dalam parti yang telah meninggal dunia di kediamannya di Tanjung Bijat, dekat sini semalam.
Ziarah dan penghormatan terakhir dilakukan terhadap bekas Tuai Rumah Gerunjung Jayang di Rumah Nyuin, Tawang Tengah, Tanjung Bijat yang telah meninggal dunia 27 Jun lalu pada usia 87 tahun kerana sakit tua.
Ketika hayatnya mendiang merupakan ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang sebelum pembahagian kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga dan persempadanan semula kawasan DUN Bukit Begunan.

Harden menyifatkan ketika era pergolakan parti tahun 1987, mendiang mempunyai pendirian yang teguh dan tidak berganjak daripada menyokong parti SUPP.
“Kehilangan mendiang amat terasa kepada mereka yang seangkatan denganya,” ujarnya.
Oleh Adi Safarman