Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hannah Yeoh beri keterangan di Bukit Aman
  • NASIONAL

Hannah Yeoh beri keterangan di Bukit Aman

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 23 Jun -- Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh ditemubual pemberita selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang dimuat naik menerusi laman sosial, baru-baru ini. Pada 11 Jun, polis membuka satu kertas siasatan berhubung kenyataan yang dibuat pemilik akaun ‘Hannah Yeoh’ di Facebook, yang dilihat mempunyai kecenderungan menghasut. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

AHLI Parlimen Segambut Hannah Yeoh ditemubual pemberita selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang dimuat naik menerusi laman sosial, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Polis telah selesai mengambil keterangan daripada Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh pagi semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang dimuat naik menerusi laman sosial, baru-baru ini.

Yeoh tiba di Bukit Aman ditemani oleh dua peguamnya Gobind Singh Deo serta Syahredzan Johan dan keterangannya diambil oleh seorang pegawai penyiasat selama kira-kira sejam.

Gobind ketika ditemui pemberita berkata, Yeoh telah menyerahkan telefon bimbit dan kata laluan akaun media sosialnya untuk membantu siasatan polis.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid, mengesahkan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu, berada di Bukit Aman pagi semalam untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya di laman sosial baru-baru ini.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, dan Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 11 Jun, polis membuka satu kertas siasatan berhubung kenyataan yang dibuat pemilik akaun ‘Hannah Yeoh’ di Facebook, yang dilihat mempunyai kecenderungan menghasut. – Bernama

Continue Reading

Previous: Cip Sharim temui hampir 40 peratus pengundi
Next: Sekolah boleh ubah suai ikut keperluan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.