Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hampir sebulan hilang, warga emas mangsa bot karam masih belum ditemui
  • Tengah
  • WILAYAH

Hampir sebulan hilang, warga emas mangsa bot karam masih belum ditemui

Utusan Sarawak 3 days ago

SIBU: Hampir sebulan menunggu dengan penuh harapan, namun kelibat seorang lelaki warga emas, Hii Chye Mee, yang hilang selepas bot ekspres karam di Sungai Rajang pada 10 September lalu, masih gagal ditemui.

Mangsa yang menaiki bot ekspres membawa barang jualan itu dikatakan terjatuh ke sungai selepas kenderaan air berkenaan melanggar sebuah kapal kargo di kawasan Tanjung Kunyit sekitar 6.27 petang.

Difahamkan, bot berkenaan karam sejurus merempuh bahagian hadapan kapal kargo walaupun kapten kapal cuba memperlahankan pergerakan.

Prihatin dengan nasib keluarga mangsa, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing bersama Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili dan pasukan polis marin turun padang meninjau lokasi kejadian hari ini.

Namun, Tiong nyata kecewa dengan sikap tidak peduli syarikat bot ekspres terbabit.

DATO Sri Tiong King Sing bercakap kepada media.

“Sudah dua tiga minggu, sampai hari ini pun belum jumpa lagi. Tapi yang saya sedih, pihak syarikat langsung tidak datang tengok atau melawat keluarga mangsa.

“Ini melibatkan nyawa manusia, ada keluarga, ada perasaan. Janganlah hanya fikir soal duit dan insurans semata-mata,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tinjauan tersebut.

Menurutnya, syarikat sepatutnya menunjukkan rasa simpati dengan sekurang-kurangnya hadir memberi sokongan moral kepada ahli keluarga mangsa.

Sementara itu, Zulkipli berkata pihaknya sedang meneliti penggunaan teknologi baharu termasuk sonar untuk membantu operasi pengesanan mangsa.

“Setakat ini, lokasi kejadian sudah dikenal pasti berdasarkan maklumat daripada kapten kapal yang terlibat.

“Operasi SAR telah dijalankan selama sembilan hari sebelum ditangguhkan, namun rondaan dan pemantauan di permukaan sungai oleh pasukan marin masih diteruskan,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: IPD Mukah laksana latihan samun di lapangan terbang tingkat tindakan kecemasan
Next: Laluan Sungai Pasir Marudi terhalang pokok tumbang, APM bertindak segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.