LEWIS Hamilton meraih kemenangan karier Formula Satu ke-88 dengan catatan podium ke-156 peribadi beliau semalam ketika dia mengemudi jentera Mercedes ke mercu kemenangan di Grand Prix Sepanyol.
Ia merupakan kemenangan kelima pendahulu kejuaraan dunia dan juara dunia enam kali itu di Sepanyol serta yang keempat berturut-turut, memperluas rekod kemenangannya dengan mengutip 39 mata.
Hamilton melepasi garisan, 24 saat di hadapan saingan terdekat gelaran, Max Verstappen daripada Red Bull yang menamatkan perlumbaan 20 saat di hadapan Valtteri Bottas pemandu kedua Mercedes.
Hamilton telah berkongsi rekod catatan 155 penamat podium dengan bekas pemandu Ferrari, Michael Schumacher dan kemenangan hanpir pasti berada dalam jangkauan pemandu dari Britain itu tahun ini.
Kemenangannya sekali gus meningkatkan kedudukannya dalam saingan gelaran pemandu kepada 37 mata di hadapan Verstappen.
Sergio Perez, kembali bersama Racing Point setelah terlepas dua perlumbaan kerana Covid-19, berada di tempat keempat di hadapan rakan sepasukannya Lance Stroll dan Carlos Sainz dari McLaren.
“Wow, ketika itu saya berada di zon lain,” kata Hamilton. “Bahkan saya tidak tahu itu adalah pusingan terpantas. Terima kasih semua… Saya bingung. Usaha hebat oleh pasukan.”
Verstappen berpuas hati dengan keputusannya.
“Memisahkan mereka adalah yang terbaik yang dapat kita lakukan hari ini,” katanya.
“Kami tidak memiliki kepantasan Lewis dan penting untuk memintas Valtteri dipermulaan perlumbaan.”
“Saya kehilangan tempat dipermulaan dan itu sahaja – sangat sukar untuk memintas di sini.” Kata Bottas
Juara empat kali Sebastian Vettel, dalam musim terakhirnya bersama Ferrari dan dikaitkan dengan perpindahan ke Aston Martin tahun depan, menduduki tempat ketujuh di hadapan Alex Albon dari Red Bull, kedua, Pierr Gasly daripada Alpha Tauri dan Lando Norris yang berada di tangga ke-10 dalam kereta kedua McLaren. – AFP