‘Rumah dalam taman’. Itu yang dapat digambarkan tentang minat seorang Pembantu Operasi Dewan Suarah Marudi, Dominica Do’ di mana halaman dan sekeliling rumahnya ditanam dengan ratusan jenis bunga.
Tidak terhitung berapa jenis bunga ditanamnya malah turut ditanamnya pokok herba dan juga beberapa jenis sayur-sayuran.
Dominica Do’, 55, berasal dari Long Watt dan kini menetap di Kampung Pemindahan Marudi.
Ibu kepada enam cahaya mata ini memanfaatkan halaman rumah dengan pelbagai tanaman bukan saja memberi kepuasan buat mereka yang meminatinya malah menghidangkan panorama indah serta menyejukkan pandangan.
Buat sesetengah orang, hobi berkebun juga menjadi antara terapi untuk menenangkan diri sambil bersantai bersama keluarga.
Katnya halaman rumah juga boleh menjadi ruang yang menarik jika bijak menyusun atur tanaman dan mungkin juga boleh mengwujudkan taman mini untuk menlengkapkan landskap halaman.
Domica Do’ mula aktif menanam bunga sejak zaman mudanya, kira-kira 25 tahun lalu sehingga sekarang yang mana kata Do’ halaman rumahnya mampu menjadi lokasi sesuai untuk terapi minda.
Menurutnya modal bagi menanam bunga, tanaman lain seperti sayur-syuran, tanaman herba membeli pasu, baja dan lain-lain keperluan boleh mencecah ratusan ringgit.
Katanya kerana minat menanam bunga, dia sanggup berbelanja lebih untuk membeli benih bunga dan juga bertukar-tukar benih dengan rakan-rakan yang lain.
Antara jenis bunga yang ditanamnya ialah Bougainvillea, Hibiscus, Cactus, Aglaonema, Golden Pothos,Sanseviera, Spider Plant, Wodyetia Palm, Amaryllis, Calathea, Asparagus Fern, Philodendron, Rowelia, Aralia dan banayak lagi.
Sementara pokok herba yang turut ditanam ialah Empedu Bumi, Misai Kucing, Keladis Tikus, Belalai Gajah Mahkota Dewa, Ulam Raja, Pegaga, Sirih Cina, Daun Sirih, Daun Afrika dan Moringa selain beberapa jenis sayuran-sayuran.
“ Ada juga pokok bunga yang dijual kepada rakan-rakan yang datang ke rumah dan jika ada masa saya berjual di tamu dan secara tidak langsung ia juga dapat menambah pendapatan,”katanya.
Dengan usahanya itu Do’ meminta bantuan kepada Jabatan Pertanian untuk memperkembangkan nurserinya.
Selain di halaman rumahnya, Do’ juga menaman pelbagai jenis bunga di tempat kerjanya di Dewan Suarah Marudi sebagai penghias halaman .
ssssssJelas Do’, antara perkara asas yang perlu diamalkan adalah pokok bunga perlu disiram dan menggunakan baja yang sesuai memainkan peranan penting untuk mendapatkan tanaman yang cantik dan membesar sempurna.