Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah ke-16
  • NASIONAL

Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah ke-16

Utusan Sarawak 5 years ago

KOTA KINABALU, 29 Sept -- Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri, hari ini. --fotoBERNAMA(2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KOTA KINABALU, Sept 29 -- State Perikatan Nasional Chairman Datuk Seri Hajiji Noor takes oath of office as the 16th Sabah Chief Minister before the Sabah Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin at the Sabah Chief Minister swearing-in ceremony at the Istana Negeri, today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri, semalam.•Foto BERNAMA

KOTA KINABALU :Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman semalam mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Turut mengangkat sumpah di Istana Negeri Sabah di sini semalam, tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga ADUN Lamag, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr. Jeffrey Kitingan (ADUN Tambunan), dan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr. Joachim Gunsalam (ADUN Kundasang).

Bung Moktar turut mengangkat sumpah sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Jeffrey (Menteri Pertanian dan Perikanan), dan Joachim (Menteri Pembangunan Perindustrian).

Turut mengang k a t sumpah semalam, Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah Datuk Seri Masidi Manjun sebagai Menteri Kerja Raya Sabah dan Setiausaha Agung PBS Datuk Jahid Jahim (Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah) Turut hadir, isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R M Jasni, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Naib Presiden UMNO,Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang juga Naib Presiden Bersatu, dan Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Radin Malleh.

Terdahulu, sebelum mengangkat sumpah semua pemimpin itu menerima watikah pelantikan masing-masing daripada Juhar.

Selepas mengangkat sumpah, pemimpin itu menandatangani watikah pelantikan disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Martin Idang, sebelum Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar membacakan doa.

Gabungan Rakyat Sabah memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 apabila memperoleh 38 daripada keseluruhan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sabah yang baharu fokus pulih ekonomi
Next: Dadah bernilai RM2.5 juta dirampas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.