KUCHING: Pengurangan tempoh operasi peniagaan yang bermula dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam yang dikuatkuasakan di bahagian Kuching, Samarahan dan Serian penting untuk memutus rantaian jangkitan Covid-19 yang kini menunjukkan peningkatan jangkitan di bahagian terbabit.
Penyelia pasar raya CS, Ember Ang,30, berkata, tindakkan ini merupakan sesuatu yang bagus bukan sahaja kepada komuniti peniagaan kerana ia turut membolehkan pengurangan pergerakkan orang ramai selain boleh terus duduk di rumah.
“Kalau boleh jangan ramai sangat keluar terutama warga emas dan kanak-kanak jangan keluar. Kalau perlu baru keluar, kalau tak perlu jangan keluar.
Katanya, pengurangan had operasi peniagaan itu sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan kebolehjangkitan Covid-19 memandangkan kurangnya pergerakkan dan interaksi di tempat tumpuan orang ramai.
“semua cawangan pasar raya CS tempat saya berkerja ini yang sebelum ini beroperasi sehingga jam 11.00 malam sememangnya telahpun menukar waktu operasinya kepada jam 10.00 malam sejak arahan pengurangan tempoh operasi peniagaan dikuatkuasakan.
“Saya juga berharap agar wabak atau virus Covid-19 ini akan cepat pulih agar semua dapat kembali menjalani kehidupan yang normal seperti sebelum wabak ini melanda,”katanya.
Pendapat sama turut dikongsikan seorang kerani, Dorryna Law, 27, yang berpendapat bahawa tidakan tersebut merupakan satu tindakan wajar memandangkan terdapat peniaga yang sengaja mengambil kesempatan dengan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan.
Katanya terdapat segelintir peniaga atau orang ramai secara sengaja untuk terus berada di tempat awam terutamanya kedai-kedai makan tanpa menitikberat prosedur keselamatan atau mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan oleh kerajaan sekaligus meningkat risiko jangkitan Covid-19.
“Tempoh masa 14 hari yang ditetapkan oleh kerajaan khasnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah masa inkubasi bagi Covid-19 dan apa yang telah dilalui semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu nyata telah berjaya mengurang penularan wabak tersebut.
“usaha ini jelas menunjukan kesungguhan semua pihak khusunya KKM dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBM) dalam memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini khususnya kawasan Kuching, Samarahan dan serian,”katanya.
Beliau turut berharap agar semua orang terutama komuniti peniagaan untuk terus bersabar serta memberikan kerjasam penuh kepada agensi berkaitan termasuk JPBN agar rantian jangkitan virus tersebut dapat diatasi.
Oleh Cheryl Law