Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Guru, pakar sakit puan antara kakitangan PBB terbunuh di Gaza
  • GLOBAL

Guru, pakar sakit puan antara kakitangan PBB terbunuh di Gaza

Utusan Sarawak 2 years ago
KELIHATAN asap berkepul-kepul berikutan serangan udara Israel di Gaza City, semalam. 

GENEVA/GAZA: Serangan Israel di Semenanjung Gaza telah membunuh 11 kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada petang semalam.

Antara terkorban ialah lima guru di sekolah yang dikendalikan oleh PBB dan seorang pakar sakit puan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik UNRWA (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees).

Sebahagian daripada kakitangan itu terbunuh di rumah bersama keluarga mereka, kata UNRWA.

Pada sebelah pagi, pertubuhan itu telah melaporkan sembilan kematian dalam kalangan kakitangan PBB.

Agensi bantuan itu mengulangi bahawa orang awam mesti dilindungi sebagai prinsip dalam konflik. 

“Kami menggesa agar pertempuran ditamatkan untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa orang awam,” kata agensi bantuan itu. – Bernama – dpa

Continue Reading

Previous: Konflik Palestin-Israel: 338,000 penduduk tinggalkan kediaman di Gaza – PBB
Next: PM Thailand Srettha minta bantuan Malaysia jamin pembebasan rakyatnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.