Gunung Shinmoe di Jepun meletus, muntahkan abu sejauh 5.5km

Facebook
WhatsApp
GUNUNG Shinmoe di pulau utama Kyushu, barat daya Jepun meletus hari ini.

FUKUOKA: Gunung Shinmoe di pulau utama Kyushu, barat daya Jepun meletus hari ini, memuntahkan awan yang mengandungi abu sehingga 5.5 kilometer dari kawahnya, lapor Agensi Berita Kyodo yang memetik pejabat tempatan Agensi Meteorologi Jepun.

Menurut agensi itu, letusan berkenaan berlaku pada 4.53 pagi, kali pertama sejak 3 Julai.

Agensi itu mengekalkan amaran tahap tiga daripada lima, dengan menggesa orang ramai supaya tidak menghampiri kawah gunung berapi yang terletak di antara wilayah Miyazaki dan Kagoshima.

Gunung Shinmoe merupakan satu daripada 50 gunung berapi aktif yang sentiasa dipantau di Jepun, meletus pada 22 Jun lalu buat kali pertama sejak Jun 2018.

-Bernama

Indonesia keluar amaran ombak tinggi

JAKARTA: Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) hari ini mengeluarkan amaran ombak setinggi sehingga empat meter di beberapa perairan

Indonesia keluar amaran ombak tinggi

JAKARTA: Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) hari ini mengeluarkan amaran ombak setinggi sehingga empat meter di beberapa perairan