Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara

Facebook
WhatsApp
GUNUNG Marapi Indonesia yang terletak di Wilayah Sumatera Barat meletus pada petang tadi, menyemburkan abu setinggi 600 meter dari puncak gunung tersebut.

JAKARTA: Gunung Marapi Indonesia yang terletak di Wilayah Sumatera Barat meletus pada petang tadi, menyemburkan abu setinggi 600 meter dari puncak gunung tersebut.

Pegawai Pos Pemerhatian Gunung Berapi (PGA), Teguh Firmansyah berkata letusan berlaku pada 6.19 petang waktu tempatan, dengan kepulan abu dilihat bergerak ke arah timur laut.

“Letusan itu direkodkan pada seismogram dengan amplitud maksimum 30.2 milimeter dan berlangsung selama kira-kira 34 saat,” katanya mengikut laporan Agensi Berita ANTARA.

Terdahulu pada 11.27 pagi, PGA turut melaporkan bahawa gunung berapi itu telah meletus, namun ketinggian semburan abu  tidak dapat diperhatikan kerana dilitupi awan. Letusan tersebut berlangsung selama kira-kira 25 saat dengan amplitud maksimum 25.9 milimeter.

Setakat ini, Gunung Marapi kekal pada status Tahap II (waspada).

-Bernama

Gempa bumi sederhana di Laut Bali Indonesia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 dikesan berlaku di Laut Bali, Indonesia pada 2.10 pagi tadi.  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran

SEDAR rasmi tukar nama kepada WAWASAN

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini secara rasmi menggunakan nama Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan