Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Ibu meletus penduduk terpaksa dipindahkan
  • GLOBAL

Gunung Ibu meletus penduduk terpaksa dipindahkan

Utusan Sarawak 4 months ago

Gunung Ibu ng terletak di pulau terpencil Halmahera Maluku Utara menghemburkan asap setinggi empat kilometer ke udara memaksa ribuan penduduk dipindahkan.

TERNATE (INDONESIA): Ratusan penduduk telah dipindahkan, manakala ribuan lagi menunggu giliran untuk dievakuasi selepas aktiviti letusan gunung berapi meningkat di kawasan timur Indonesia.

Gunung Ibu, yang terletak di pulau terpencil Halmahera, Provinsi Maluku Utara, meletus mengeluarkan asap setinggi empat kilometer ke udara. 

Status amaran gunung berapi itu dinaikkan ke tahap tertinggi oleh Badan Geologi Indonesia, memaksa pihak berkuasa tempatan memulakan proses evakuasi membabitkan 3,000 penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran.

Sehingga pagi tadi, seramai 517 penduduk dari perkampungan paling hampir dengan gunung sudah dipindahkan, manakala selebihnya dijadualkan untuk dievakuasi pada sebelah petang.

“Tempat perlindungan sementara telah disediakan oleh pihak pentadbiran tempatan, dan hari ini proses evakuasi secara menyeluruh akan dijalankan ke atas semua penduduk dari enam kampung,” kata jurucakap Badan Pengurusan Bencana Daerah, Irfan Idrus. 

Beliau turut memaklumkan bahawa proses evakuasi dimulakan semalam mulai jam 6 petang, namun tertangguh akibat masalah pentadbiran dan logistik. – AFP

Continue Reading

Previous: PM Thailand jadi sasaran ‘scammer’ guna teknologi AI
Next: Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.