Gunung Ibu meletus, cetus amaran penerbangan kedua tertinggi

Facebook
WhatsApp
MELETUS LAGI… GAMBAR fail Gunung Ibu di timur Indonesia mengeluarkan awan abu setinggi enam kilometer ke langit pada 21 Mei 2024. FotoAFP

JAKARTA: Gunung Ibu, yang terletak di wilayah Maluku Utara, Indonesia meletus pada Khamis, menghamburkan awan mengandungi abu setinggi tiga kilometer (km) dan menyebabkan amaran penerbangan kedua tertinggi dikeluarkan, menurut Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bencana Geologi.

Letusan berlaku pada 2.22 petang waktu tempatan, memuntahkan kepulan abu ke arah barat kawah, lapor Xinhua.

Penduduk telah dilarang melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan radius lima km dari kawah dan dinasihatkan untuk memakai pelitup muka apabila melakukan aktiviti di luar rumah.

Notis penerbangan telah dikeluarkan dengan tahap amaran oren, amaran kedua tertinggi yang melarang penerbangan di sekitar Gunung Ibu.

Gunung Ibu setinggi 1,325 meter merupakan satu daripada 127 gunung berapi aktif di Indonesia. – Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos