Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung berapi Lewotobi Laki-Laki Indonesia kekal aktif
  • GLOBAL

Gunung berapi Lewotobi Laki-Laki Indonesia kekal aktif

Utusan Sarawak 5 hours ago
GUNUNG Lewotobi Laki-Laki memuntahkan abu gunung berapi ke ruang udara ketika aktiviti letusan berterusan di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Foto AGENSI

JAKARTA: Gunung Lewotobi Laki-Laki di wilayah Nusa Tenggara Timur Indonesia kekal aktif pada Selasa selepas beberapa hari letusan yang memaksa penutupan sementara lapangan terbang tempatan, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Gunung berapi di Pulau Flores itu meletus berulang kali sejak Jumaat, memuntahkan tiang abu menjulang tinggi ke langit, menurut agensi vulkanologi tempatan.

Lapan letusan direkodkan pada Isnin dan sekurang-kurangnya enam lagi pada Selasa.

Gunung berkenaan kekal di bawah paras amaran kedua tertinggi Indonesia untuk aktiviti gunung berapi.

Zon terkecuali lima kilometer telah diwujudkan di sekitar kawah, manakala penduduk yang tinggal berhampiran sungai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan aliran lahar iaitu aliran lumpur berbahaya yang terdiri daripada serpihan gunung berapi yang boleh berlaku semasa hujan lebat.

Lapangan terbang tempatan, kira-kira 60 kilometer ke barat gunung berapi, beroperasi semula pada pagi Selasa selepas ditutup sejak Jumaat akibat abu gunung berapi, kata pihak berkuasa lapangan terbang.

Indonesia, antara negara yang mempunyai aktiviti gunung berapi paling aktif di dunia, terletak dalam Lingkaran Api Pasifik, lengkok sesar seismik di sekeliling lautan yang mengakibatkan gempa bumi dan letusan gunung berapi kerap berlaku.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: OpenAI failkan permohonan secara sulit bagi potensi penyenaraian di pasaran saham
Next: 235 tan air zamzam diedarkan setiap hari di Masjid Nabawi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.