Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Arafah jadi tumpuan jemaah ketika kemuncak haji
  • GLOBAL

Gunung Arafah jadi tumpuan jemaah ketika kemuncak haji

Utusan Sarawak 3 hours ago
JEMAAH mengerjakan haji berdoa pada waktu subuh di Gunung Arafah di Arab Saudi, yang turut dikenali sebagai Jabal al-Rahma atau Gunung Rahmat, ketika kemuncak ibadah haji pada 26 Mei 2026. Foto AFP

GUNUNG ARAFAH, Arab Saudi: Ratusan ribu umat Islam berdoa di Gunung Arafah hari ini ketika ibadah haji mencapai kemuncaknya, tatkala bahang matahari padang pasir menyebabkan suhu meningkat menghampiri 40 darjah Celsius.

Sejak waktu subuh, ribuan jemaah yang berpakaian ihram putih mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran di bukit berbatu setinggi 70 meter berhampiran Makkah itu, lokasi yang dipercayai tempat Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah terakhir Baginda.

Lebih 1.5 juta umat Islam menunaikan ibadah haji pada tahun ini meskipun dibayangi peperangan di Asia Barat susulan konflik yang melibatkan Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran.

Sepanjang konflik tersebut, Tehran bertindak balas dengan melancarkan gelombang serangan dron dan peluru berpandu balistik yang menyasarkan infrastruktur utama serta kemudahan tenaga di rantau Teluk, termasuk di Arab Saudi.

RATUSAN ribu umat Islam menunaikan doa pada awal 26 Mei di Gunung Arafah, lokasi yang dipercayai tempat Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah terakhir Baginda, ketika kemuncak ibadah haji berlangsung. Foto AFP

Lebih 30,000 rakyat Iran menunaikan haji pada tahun ini, iaitu kira-kira satu pertiga daripada 86,000 orang yang dijangka sebelum ini.

Agensi berita rasmi Iran, IRNA, melaporkan bahawa “situasi perang” menjadi punca penurunan jumlah tersebut.

Walaupun peperangan berlaku, pihak berkuasa Arab Saudi memaklumkan pada hujung minggu lalu bahawa jumlah jemaah dari luar negara pada tahun ini meningkat berbanding 2025.

Ibadah haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam dan wajib ditunaikan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup bagi umat Islam yang berkemampuan.

Dengan suhu di Makkah mencecah 44 darjah Celsius sejak beberapa hari lalu, pihak berkuasa Arab Saudi menggesa jemaah agar memperbanyak pengambilan air dan melindungi diri daripada cuaca panas terik sepanjang ritual yang kebanyakannya dijalankan di kawasan terbuka serta boleh mengambil masa lima hari atau lebih untuk disempurnakan.

Memandangkan lelaki dilarang memakai topi ketika berihram, ramai jemaah membawa payung bagi mengurangkan bahang matahari.

Selepas berada di Gunung Arafah, jemaah akan bermalam di Muzdalifah sebelum mengutip batu-batu kecil untuk ritual simbolik melontar jamrah di Mina yang bermula pada Rabu.

Ibadah haji dikatakan mengikuti perjalanan haji terakhir Nabi Muhammad SAW kira-kira 1,400 tahun lalu.

Haji sejak sekian lama menjadi sumber legitimasi penting kepada Dinasti Al Saud, yang pemerintahnya memegang gelaran “Penjaga Dua Masjid Suci” di Makkah dan Madinah. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gunung Semeru di Indonesia meletus lima kali, hambur abu setinggi 1,000 meter
Next: 2 maut, jejambat runtuh di Seoul

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.