Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • GRS pastikan setiap daerah ada kemudahan asas
  • NASIONAL

GRS pastikan setiap daerah ada kemudahan asas

Utusan Sarawak 5 years ago

KOTA KINABALU, 16 Sept -- Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berucap pada Majlis Pelancaran Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri Sabah di sini hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KOTA KINABALU, Sept 16 -- Sabah Barisan Nasional (BN) Chairman Datuk Seri Bung Moktar Radin addressing his speech during the Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Pledges for the people of Sabah Lauch in conjunction with the Sabah State Election here today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

PENGERUSI BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berucap pada Majlis Pelancaran Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri Sabah, semalam. • Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Aku Janji  Gabungan Rakyat Sabah  (GRS)  akan memastikan setiap daerah di Sabah mempunyai kemudahan asas yang mencukupi sekiranya gabungan itu diberi mandat menerajui kerajaan negeri itu.

Kandungan penuh Aku Janji ini kita akan keluarkan dalam satu kenyataan dan ia merangkumi semua perkara termasuk pembangunan, ekonomi, modal insan, wanita, dan kebajikan.

“Berkaitan kebajikan, kita akan meningkatkan bantuan kepada ibu tunggal, warga tua dan banyak lagi. Kita lakukan ini disebabkan bantuan kebajikan yang diberikan kini iaitu antara RM200 hingga RM300 sebulan tidak lagi relevan dan perlu ditingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran ‘Aku Janji’ gabungan itu yang terdiri daripada BN, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hadir sama pada majlis itu  Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah Datuk Hajiji Noor, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Radin Malleh dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee.

Sementara itu, Hajiji berkata  Aku Janji itu tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh satu atau dua tahun tetapi selagi diberi mandat oleh rakyat, gabungan itu akan terus menunaikan Aku Janji itu.

Beliau berkata, empat teras utama dalam Aku Janji itu merupakan tawaran kepada rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri  (PRN) kali ini dengan  pengundian  pada 26 September.

“Kita berharap dengan Aku Janji yang kami buat ini, kami yakin rakyat akan membantu dan memberi undi kepada calon Gabungan Rakyat Sabah,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: PM Muhyiddin lancar Aku Janji GRS
Next: Wujud rancangan pecah belah undi Warisan Plus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.