Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Greenwood benam Burnley
  • SUKAN

Greenwood benam Burnley

Utusan Sarawak 4 years ago
MASON Greenwood meraikan jaringannya semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Burnley di Old Trafford di Manchester, barat laut England. • Foto AFP

MANCHESTER United melonjak dalam lapan mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City ketika dua gol Mason Greenwood memberi inspirasi kemenangan 3-1 ke atas Burnley semalam.

Pasukan Ole Gunnar Solskjaer tidak mungkin berjaya mengejar City, tetapi gol kemenangan lewat Greenwood memberi sedikit tekanan kepada pesaing utama mereka dengan baki enam perlawanan lagi.

Greenwood telah membuka jaringan pada awal babak kedua di Old Trafford sebelum James Tarkowski menyamakan kedudukan beberapa ketika kemudian.

Gol kedua Greenwood menjadikannya penjaring remaja terbanyak bersama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris untuk United, setanding dengan Wayne Rooney dengan 15 gol.

Edinson Cavani meraih gol ketiga dalam masa kecederaan ketika United di tempat kedua memenangi enam perlawanan Liga Perdana berturut-turut untuk kali pertama sejak Januari 2019.

“Hebat untuk Mason, dua gol yang sangat bagus datang dari sebelah kiri,” kata Solskjaer. “Dia semakin matang sepanjang masa. Seronok dilihat.”

Walaupun mereka mungkin sudah terlambat untuk memintas City, United kini berada di tangga kedua dan masih boleh memenangi piala pertama di bawah pemerintahan Solskjaer.

Mereka berdepan Roma di separuh akhir Liga Europa setelah dengan mudah melepasi halangan Granada dalam perlawanan kedua peringkat suku akhir pada hari Jumaat.

“Kami selalu bekata bahawa tahun ini harus menjadi kemajuan dan peningkatan. Kami sudah mendapat seberapa banyak mata musim lalu. Itulah kemajuan,” kata Solskjaer.

“Kami mahu menyelesaikan dengan trofi dalam Liga Europa. Banyak yang kami perlu beri perhanyain.” – AFP

Continue Reading

Previous: GOL SENDIRI RANAPKAN MISI
Next: KCFC rombak pemain import

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.