Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • GP Hungary tanpa penonton
  • SUKAN

GP Hungary tanpa penonton

Utusan Sarawak 5 years ago

PERLUMBAAN Formula Satu (F1) Grand Prix Hungary yang dijadualkan Ogos depan hanya dapat diadakan tanpa penonton berikutan peraturan terkini untuk menghalang penularan wabak Covid-19.

Menurut penganjur, perlumbaan di Hungaroring, litar di luar Budapest itu, dijadualkan berlangsung pada 2 Ogos tapi Hungary menegaskan acara lebih dari 500 orang tidak boleh diadakan sehingga 15 Ogos.

Perdana Menteri, Viktor Orba juga berkata, larangan pergerakan di Budapest dan sekitarnya, di mana 80 peratus kematian Covid-19 dicatatkan di negara itu, tidak akan berkurang sehingga angka kematian menurun.

“Sekarang terbukti bahawa apa saja perlumbaan F1 di Hungary hanya dapat dijalankan tanpa penonton,” jelas penganjur dalam satu kenyataan.

F1 bercadang untuk memulakan saingan musim ini dengan dua perlumbaan di kawasan desa di Red Bull Ring dari 3 hingga 5 Julai, diikuti saingan di Silverstone, Britain.

Penonton juga tidak dibenarkan untuk menyaksikan perlumbaan di kedua-dua litar berkenaan.

Setakat ini perubahan kalendar baru masih belum dikeluarkan namun saingan di Hungary sudah tentu akan ditolak ke hujung Ogos dengan jangkaan 1,000 orang bakal berada di litar itu walaupun tanpa penonton berbayar.-AFP

Continue Reading

Previous: Covid-19 ‘hantui’ pemain
Next: Skuad Kuching FA ditagih cergas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.