Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Golongan muda perlu manfaatkan pakej latihan
  • BISNES

Golongan muda perlu manfaatkan pakej latihan

Utusan Sarawak 5 years ago

One-on-one interview with Minister in the Prime Minister's Department (Economic Affairs) Datuk Seri Mustapa Mohamed. RAJA FAISAL HISHAN/The Star.

JELI: Kerajaan memperuntukkan RM3.5 bilion melalui beberapa insentif bagi menangani masalah pengangguran dan memastikan pengekalan pekerjaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Justeru, beliau mengajak golongan muda memanfaatkan sepenuhnya peruntukan yang disediakan oleh kerajaan dengan menceburi pelbagai bidang bagi membantu memulihkan ekonomi negara susulan pandemik Covid-19.

Menurutnya, kerajaan banyak memberikan tumpuan kepada golongan muda dan graduan seperti menawarkan pakej latihan bagi mempertingkatkan kemahiran serta kebolehpasaran anak muda mendapatkan pekerjaan.

“Memandangkan bentuk pekerjaan masa depan memerlukan kemahiran baharu selaras dengan trend industri, maka anak muda perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran,”  katanya kepada Bernama selepas merasmikan Program Kembara dan Ziarah Merdeka Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) di Darul Falah di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, presiden HIMSAK, Datuk Mohd Faizal Daud meminta golongan muda mengelak perbezaan fahaman politik dan memberi tumpuan kepada usaha memulihkan ekonomi negara.

Seramai 162 peserta menaiki 52 buah kereta mengambil bahagian pada Program Kembara dan Ziarah Merdeka ke perkampungan Orang Asli Sungai Rual Jeli bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara. – Bernama

Continue Reading

Previous: Saran peladang dapatkan bantuan
Next: Ekonomi digital Malaysia terus berkembang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.