Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Golongan muda balik kampung
  • TEMPATAN

Golongan muda balik kampung

Utusan Sarawak 4 years ago
DISAMBUT MESRA… Ketibaan Dato’ Sri Dr. Stephen Rundi Utom disambut meriah oleh para peserta semasa Majlis Penangguhan AgriCOP Siri ke-7 anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu di Balai Raya Kampung Pandan, Sebauh di Bintulu, baru-baru ini.

BINTULU: Menteri Utiliti, Dato’ Sri Dr Stephen Rundi Utom digesa golongan muda untuk kembali ke kampung halaman dan seterusnya berkongsi cara serta idea baharu bagi membantu pembangunan yang lebih hebat di kawasan pedalaman.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penangguhan Program Jangkauan Komuniti Pertanian (AgriCOP) Siri ke-7 anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu di Balai Raya Kampung Pandan, Sebauh di sini, baru-baru ini.

“Objektif program AgriCOP ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan secara langsung mengenai pengembangan pertanian dan teknologi pertanian ini kepada golongan sasar melalui syarahan, pameran atau taklimat,” katanya.

Dalam pada itu, Rundi berharap agar program seumpama dapat meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kemahiran golongan sasar (petani dan penternak) dalam sektor industri pertanian.

Tambahnya, ia sekali gus akan membantu untuk meningkatkan pengeluaran dan peningkatan hasil kualiti pertanian.

“Kita mesti ubah sistem dan cara kita mencari mata pencarian. Jangan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

“Kita harus melonjak ke hadapan kerana kita mahu kampung-kampung mendapat pembangunan yang setimpal,” ujar beliau.

Difahamkan, seramai 130 orang peserta dari tiga buah kampung iaitu Rumah Julin Mano, Ketua Kaum Jaya Ishak dan Rumah Sulu Anak Jimbai mengikuti program tersebut.

Pada majlis itu juga, Rundi telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pandan.

Oleh CAROLYNE UTIH

Continue Reading

Previous: Kerajaan komited capai negeri maju 2030
Next: ATM akan disediakan di Gedong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.