Gerawat Gala adakan sesi randau bersama masyarakat Bario

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
GERAWAT Gala berucap pada sesi randau bersama masyarakat Bario.

BARIO: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, telah mengadakan sesi randau bersama masyarakat di Bario hari ini.

Menerusi perkongsian di aplikasi WhatsApp, Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berkata sesi randau tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan penuh kekeluargaan.

Katanya, sesi tersebut memberi peluang kepada beliau untuk mendengar sendiri pandangan, cadangan serta isu-isu yang dihadapi oleh penduduk setempat.

Menurut beliau, sesi randau seperti ini amat penting dalam mengukuhkan hubungan antara pemimpin dan rakyat bagi memastikan pembangunan yang dirancang benar-benar memenuhi keperluan komuniti.

UNTUK KENANGAN…Gerawat merakam gambar kenangan bersama penduduk Bario selepas sesi randau.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh masyarakat Bario atas sokongan berterusan kepada kepimpinan Premier Sarawak.

Beliau juga berharap agar hubungan erat yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan demi kemajuan dan kesejahteraan masyarakat Bario serta kawasan sekitarnya.

Oleh Jiku Juguong