

OPERASI mencari dan menyelamat (Op SAR) bagi mengesan seorang lelaki yang dipercayai disambar buaya ketika menjala udang di Kampung Lubok Punggor semalam, kini memasuki hari kedua.
GEDONG: Operasi mencari dan menyelamat (Op SAR) bagi mengesan seorang lelaki yang dipercayai disambar buaya ketika menjala udang di Kampung Lubok Punggor semalam, kini memasuki hari kedua.
Mangsa dikenali sebagai Ahmad Alzadkhri Sudin, 32 tahun, dan dilaporkan hilang selepas kejadian yang berlaku berhampiran kawasan sungai di kampung tersebut.
Setakat ini, usaha pencarian difokuskan di sepanjang laluan sungai dan kawasan sekitar lokasi kejadian menggunakan bot serta peralatan keselamatan oleh pasukan SAR.
Menurut pihak berkuasa, operasi akan diteruskan sehingga mangsa berjaya ditemui.


OPERASI mencari dan menyelamat (Op SAR) bagi mengesan seorang lelaki yang dipercayai disambar buaya ketika menjala udang di Kampung Lubok Punggor semalam, kini memasuki hari kedua.
Pegawai Daerah Gedong, Tamida Da’adi turut hadir meninjau gerakan pencarian di lokasi. Turut berada di lokasi Senior Ranger I Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Amran Omar, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Simunjan, Mohamad Elyas Abdul Rhanie, serta Ketua Kampung Lubok Punggor, Zakaria Lasit.
-UKAS