Gempa magnitud 5.3, 5.0 landa Catanduanes, Quezon di Filipina

Facebook
WhatsApp

MANILA: Dua gempa bumi masing-masing bermagnitud 5.3 dan 5.0 direkodkan di Catanduanes dan Quezon lewat Rabu, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs), lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Gempa bermagnitud 5.3 itu berlaku pada 11.10 malam waktu tempatan, kira-kira 60 kilometer (km) di tenggara Baras pada kedalaman 23 km.

Sementara itu, gempa bermagnitud 5.0 melanda kawasan 90 km di timur laut Jomalig, Quezon pada 10.11 malam.

Gempa tektonik itu berlaku pada kedalaman 17 km.

Gegaran turut dirasai di bandar Mandaluyong dan Taguig.

Phivolcs memaklumkan kedua-dua gempa itu tidak dijangka menyebabkan kerosakan, namun gempa susulan berkemungkinan berlaku.- Bernama-PNA

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara