
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Ritcher melanda Luar Pantai Barat Sumatera Utara, Indonesia pada 6.22 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 41 km timur dari Sibolga, Indonesia.
Gegaran gempa bumi itu turut dirasai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.– BERNAMA