Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi Myanmar: 847 kediaman di China terjejas
  • GLOBAL

Gempa bumi Myanmar: 847 kediaman di China terjejas

Utusan Sarawak 2 months ago
PASUKAN penyelamat mencari mangsa yang terselamat dalam bangunan Kondominium Sky Villa yang runtuh di Mandalay, Myanmar hari ini. Foto AFP

KUNMING: Sebanyak 847 kediaman di Bandar Ruili, Wilayah Yunan di barat daya China yang bersempadan dengan Myanmar, mengalami kerosakan akibat gempa bumi besar yang melanda Myanmar semalam, lapor Xinhua.

Setakat tengah hari ini, seramai 2,840 penduduk di kota yang terletak sekitar 300 kilometer dari pusat gempa itu terjejas, menurut pihak berkuasa perbandaran Ruili.

Susulan gempa itu, kerajaan tempatan telah menggerakkan pasukan petugas bagi menjalankan operasi bantuan bencana, memantau risiko geologi, memeriksa projek pemuliharaan air, membaiki kemudahan elektrik serta melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan jalan kecemasan.

Dua individu mengalami kecederaan ringan dalam gempa bumi itu dan telah menerima rawatan perubatan. Pihak berkuasa kini sedang menilai tahap kerugian yang dialami penduduk tempatan.

Bekalan air, elektrik, pengangkutan dan komunikasi di Ruili kini kembali beroperasi seperti biasa.

Setakat ini, gempa bumi dahsyat itu telah mengorbankan 1,002 orang, mencederakan 2,376 yang lain serta menyebabkan 30 individu masih hilang di Myanmar. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kemaskini: Gempa Bumi Myanmar: 1,002 maut, 2,376 cedera, 30 hilang
Next: Indonesia sambut Aidilfitri pada Isnin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.