Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi Mindanao: Keselamatan pelajar diutamakan sebelum sesi persekolahan disambung semula
  • GLOBAL

Gempa bumi Mindanao: Keselamatan pelajar diutamakan sebelum sesi persekolahan disambung semula

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEKUMPULAN murid berlindung di sebuah padang ketika sebuah struktur runtuh akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang melanda Malita, Davao del Sur, selatan Filipina, pada 8 Jun. Sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan maut manakala lebih 100 lagi cedera dalam bencana itu. Foto AFP

MANILA: Jabatan Pendidikan (DepEd) memberi jaminan bahawa keselamatan pelajar akan diutamakan sebelum sesi persekolahan disambung semula di sekolah yang terjejas akibat gempa bumi di Mindanao, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Lebih 3.2 juta pelajar serta 128,000 guru dan kakitangan di Semenanjung Zamboanga, Northern Mindanao, Davao, Soccsksargen dan Caraga dilaporkan terjejas susulan gempa bumi bermagnitud 7.8 dan gegaran susulan di beberapa kawasan di Mindanao.

DepEd menegaskan bahawa keutamaan tertinggi ketika bencana adalah keselamatan nyawa, selaras dengan Garis Panduan Kesinambungan Pembelajaran dalam Situasi Kecemasan.

“Kami memahami kebimbangan ibu bapa, guru dan pelajar. Apabila semua pihak sudah berada dalam keadaan selamat, pembelajaran boleh disambung semula. Keselamatan mesti diutamakan,” kata Setiausaha Pendidikan Sonny Angara dalam satu kenyataan.

Susulan gempa bumi itu, DepEd segera mengaktifkan mekanisme tindak balas kecemasannya, khususnya di kawasan yang mengalami gegaran kuat dan gegaran susulan.

Agensi itu turut mengerahkan jurutera bagi membantu pejabat luar wilayah menjalankan penilaian kerosakan dan pemeriksaan keselamatan segera terhadap integriti struktur bangunan sekolah.

Angara berjanji untuk menyalurkan bantuan segera kepada sekolah yang terjejas.

Kerja pembaikan kecil membabitkan kos sehingga 50,000 peso Filipina (PHP) boleh dibiayai menerusi peruntukan Penyelenggaraan dan Perbelanjaan Operasi Lain sekolah, sekali gus membolehkan tindakan segera diambil bagi memenuhi keperluan mendesak.

Bagi kerja pembaikan besar dan pemulihan, agensi itu mempunyai peruntukan dana dan sumber kecemasan berasingan.

Setakat Isnin, sekurang-kurangnya 6,224 sekolah terjejas di lima wilayah di Mindanao.

Angara turut menggesa semua sekolah menyemak semula dan melaksanakan langkah kesiapsiagaan gempa bumi bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan pelajar dan guru menghadapi kecemasan pada masa hadapan.

Langkah itu termasuk prosedur pemindahan dan latihan gempa bumi secara berkala di semua sekolah di seluruh negara.- Bernama-PN

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 6.1 skala Richter landa luar pantai Cuba
Next: Ombak besar, ribut landa ibu negara New Zealand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.