TOKYO: Gempa bumi bermagnitud 5.8 melanda perairan Wilayah Aomori di utara Jepun pada Sabtu, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), lapor Xinhua.
Gempa berlaku pada 11.48 pagi waktu tempatan di luar pesisir Lautan Pasifik Aomori pada kedalaman 80 kilometer.
Menurut JMA, gegaran berkenaan mencatatkan intensiti empat pada skala seismik Jepun yang mempunyai tujuh tahap.
Pusat gempa terletak pada 41.3 darjah utara dan 142.0 darjah timur.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan. – Bernama-Xinhua





