
TOKYO: Satu gempa bumi dengan magnitud awal 5.7 melanda Wilayah Nara di barat Jepun hari ini, menurut agensi cuaca negara itu, lapor Xinhua.
Tiada laporan segera mengenai kecederaan atau kerosakan.
Gempa bumi itu berlaku pada 6.28 petang waktu tempatan di Wilayah Nara pada kedalaman 70 kilometer, dan mencatatkan intensiti empat pada skala seismik Jepun daripada tujuh di beberapa kawasan di wilayah Nara, Mie dan Wakayama, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Pusat gempa terletak pada latitud 34.1 darjah utara dan longitud 135.6 darjah timur.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut JMA. – Bernama