Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi magnitud 5.5 landa Pakistan, Afghanistan
  • GLOBAL

Gempa bumi magnitud 5.5 landa Pakistan, Afghanistan

Utusan Sarawak Posted on 3 months ago

ISLAMABAD: Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud melanda wilayah Pakistan dan Afghanistan pada awal pagi Sabtu, menyebabkan gegaran merentasi barat laut Khyber Pakhtunkhwa dan Gilgit-Baltistan di Pakistan, serta ibu kota Islamabad dan beberapa kawasan di Afghanistan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Jabatan Meteorologi Pakistan memberitahu Anadolu pusat gempa terletak di wilayah Hindu Kush pada kedalaman 199 kilometer (123 batu).

Penduduk di utara Pakistan melaporkan gegaran singkat tetapi ketara manakala gegaran serupa dirasai di beberapa wilayah Afghanistan.

Menurut penyiar Afghanistan TOLOnews, gempa itu dirasai sekitar 7.30 pagi (0300 GMT) di beberapa kawasan, termasuk ibu kota Kabul.

Tiada laporan awal mengenai kematian atau kerosakan besar di kedua-dua belah sempadan, menurut pihak berkuasa walaupun penilaian masih dijalankan.- Bernama-Anadolu

About the Author

Utusan Sarawak

Editor

View All Posts

Post navigation

Previous: PAS Sarawak sasar lima kawasan Parlimen, fokus isu tempatan
Next: Penemuan ular sawa 5 kaki kejutkan peniaga di Kampung Baru Spaoh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.