Gempa bumi magnitud 5.3 gegarkan luar pantai selatan Myanmar

Facebook
WhatsApp
GEMPA bumi magnitud 5.3 gegarkan luar pantai selatan Myanmar. Foto METMalaysia.

YANGON: Gempa bumi bermagnitud 5.3 menggegarkan kawasan berhampiran pantai selatan Myanmar pada 02:05:25 GMT Isnin, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), lapor Xinhua.

Pusat gempa dengan kedalaman 10 kilometer itu pada awalnya dikesan berada pada latitud 16.56 darjah utara dan longitud 96.40 darjah timur.

Gegaran kuat dirasai di Yangon, Myanmar pada pagi Isnin. – Bernama

Google bakal uji cip AI di angkasa lepas

SAN JOSE, California: Google akan melancarkan sebuah satelit prototaip bagi menilai prestasi cip kecerdasan buatan (AI) syarikat itu di angkasa