Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Gempa bumi lemah landa Segamat, gegaran dirasai di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang
  • NASIONAL

Gempa bumi lemah landa Segamat, gegaran dirasai di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang

Utusan Sarawak 14 hours ago
KETUA Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

KUALA LUMPUR: Gegaran gempa bumi lemah bermagnitud 4.1 yang berlaku di Segamat, Johor pada 6.13 pagi tadi turut dirasai penduduk di Melaka, Negeri Sembilan dan selatan Pahang.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa terletak lima kilometer barat Segamat pada kedalaman 10 kilometer.

Beliau berkata pihaknya akan terus memantau keadaan berkenaan.

Terdahulu, kerajaan Johor menasihati orang ramai agar menjauhi struktur-struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa, susulan gegaran gempa bumi lemah berkenaan.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz berkata beliau telah berhubung dengan Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi dan dimaklumkan bahawa setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Gegaran gempa bumi lemah di Segamat, kerajaan Johor nasihat elak struktur tidak kukuh
Next: MINDEF buka tender baharu sewaan empat helikopter untuk TDM, ambil kira titah Agong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.