Gempa bumi lemah landa Ranau

Facebook
WhatsApp
Anggota bomba dari Balai Bomba Ranau memeriksa bangunan selepas gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di Ranau. - Foto Ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Ranau, pada 2.56 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi tersebut berlaku di 15 kilometer barat Ranau.

Menurut kenyataan itu gempa bumi lemah pada kedalaman 10 kilometer itu tidak mengakibatkan ancaman tsunami kepada Malaysia namun dipercayai mengakibatkan gegaran di daerah Ranau.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mendapat panggilan mengenai kejadian berkenaan pada 3.17 petang tadi dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba Ranau dikerahkan untuk melaksanakan rondaan di sekitar daerah berkenaan.

“Rondaan mendapati keadaan terkawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi ditamatkan pukul 4.30 petang tadi,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Isak wira Liverpool tewaskan Bournemouth

BOURNEMOUTH: Alexander Isak meneruskan rentak jaringannya untuk memastikan kepulangan Andoni Iraola ke Stadium Vitality berakhir dengan kejayaan apabila Liverpool menewaskan