Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi kuat landa Indonesia  
  • GLOBAL

Gempa bumi kuat landa Indonesia  

Utusan Sarawak 2 years ago

Gempa bumi berlaku pada 03.02 pagi waktu tempatan Jumaat (2002 GMT Khamis) dengan pusat gempa terletak 133 kilometer (km) barat laut daerah Pulau Morotai dan kedalaman 112 km di bawah dasar laut, dan tidak mencetuskan tsunami.

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda wilayah timur Indonesia Maluku Utara pada pagi ini, manakala tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan setakat ini, lapor Xinhua.

Menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik kebangsaan, gempa bumi berlaku pada 03.02 pagi waktu tempatan Jumaat (2002 GMT Khamis) dengan pusat gempa terletak 133 kilometer (km) barat laut daerah Pulau Morotai dan kedalaman 112 km di bawah dasar laut, dan tidak mencetuskan tsunami.

Gegaran turut dirasai di wilayah berdekatan Sulawesi Utara, menurut agensi itu.

Gempa bumi itu tidak menyebabkan kerosakan pada bangunan atau kemudahan infrastruktur, kata jurucakap Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana Negara .Abdul Muhari.

“Penduduk di daerah Pulau Morotai turut merasai gegaran itu,” kata ketua unit kecemasan agensi bencana di wilayah Maluku Utara Yusri A Kasim.

Indonesia terletak di zon terdedah gempa bumi iaitu “Lingkaran Api Pasifik”. – Bernama

Continue Reading

Previous: Amaran cuaca sejuk hampir 30 negeri di AS
Next: Marianne Williamson umum bertanding jawatan Presiden AS 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.