Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • UMUM
  • Gempa bumi di Timur Indonesia, turut dirasai di Sabah
  • UMUM

Gempa bumi di Timur Indonesia, turut dirasai di Sabah

Utusan Sarawak 3 months ago

Foto X MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.9 dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Indonesia pada 10.53 malam tadi dengan gegaran turut dirasai di sekitar Semporna,Tawau, dan Lahad Datu, Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan malam tadi turut melaporkan bahawa gempa bumi tersebut berlaku pada jarak 210 kilometer timur laut dari Palu, Indonesia.

Menurut MetMalaysia, gempa bumi sederhana pada kedalaman 80 kilometer itu berlaku pada koordinat 0.5 darjah Utara dan 121.2 darjah Timur.

MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran tersebut untuk mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/UUwf3JsW9kthTVr38.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya telah menerima maklumat tentang gegaran yang dirasai di tiga kawasan tersebut dan pemantauan situasi itu sedang dilakukan.

“Setakat ini tiada laporan kejadian tidak diingini diterima dan pihak kami sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan,” katanya.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Hujan dijangka berterusan di Sabah, Sarawak hingga Khamis – MetMalaysia
Next: Gempa bumi lemah dikesan di Ranau – MetMalaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.