Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi di China ragut 111 nyawa
  • GLOBAL

Gempa bumi di China ragut 111 nyawa

Utusan Sarawak 1 year ago
PUSAT gempa terletak di perbandaran Liugou kira-kira 8 km dari ibu negeri Jishishan Bao’an, Dongxiang, Daerah Autonomi Sala di Wilayah Autonomi Linxia Hui, Gansu.

JISHISHAN (Wilayah Gansu/Xining): Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter yang menggegarkan daerah di barat laut Wilayah Gansu di China semalam meragut nyawa seramai 111 orang di Gansu dan Wilayah Qinghai, menurut ibu pejabat bantuan gempa bumi tempatan.

Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, gempa bumi itu berlaku 11.59 malam pada kedalaman 10 kilometer (km).

Pusat gempa terletak di perbandaran Liugou kira-kira 8 km dari ibu negeri Jishishan Bao’an, Dongxiang, Daerah Autonomi Sala di Wilayah Autonomi Linxia Hui, Gansu.

Saksi memberitahu Xinhua bahawa gempa bumi telah menyebabkan kerosakan kepada rumah, jalan raya dan infrastruktur lain. Beberapa kampung turut terputus bekalan elektrik dan mengalami gangguan air.

Menurut pihak berkuasa meteorologi tempatan, suhu rendah harian di Jishishan dilaporkan mencecah -10 darjah Celsius, semalam.

Jabatan bomba dan penyelamat wilayah telah mengerah seramai 580 penyelamat yang dibantu sebanyak 88 jentera bomba, 12 anjing pengesan selain lebih 10,000 set peralatan ke kawasan bencana.

Pihak berkuasa kereta api telah menggantung perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo yang melalui zon gempa serta mengarahkan pemeriksaan keselamatan landasan kereta api. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: UNSC tangguh sesi undian tuntut akses bantuan ke Gaza
Next: Sisi menang majoriti besar pilihan raya Presiden Mesir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.