Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi bermagnitud 5.9 gegar Kepulauan Amami di barat daya Jepun
  • GLOBAL

Gempa bumi bermagnitud 5.9 gegar Kepulauan Amami di barat daya Jepun

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

TOKYO: Gempa bumi kuat dengan magnitud awal 5.9 menggegarkan wilayah Kepulauan Amami di Wilayah Kagoshima, barat daya Jepun hari ini, tanpa amaran tsunami dikeluarkan, menurut agensi cuaca negara itu, lapor Berita Kyodo.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, pusat gempa bumi pada 11.46 pagi itu terletak di luar pantai pulau utama Wilayah Okinawa pada kedalaman kira-kira 50 kilometer.

Gempa bumi itu mencatatkan intensiti atas lima dalam skala intensiti seismik Jepun yang mempunyai tujuh tahap di Yoron, di hujung selatan Wilayah Kagoshima.

Setakat 12.20 tengah hari, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda yang ketara dilaporkan di Yoron, menurut pihak berkuasa tempatan dan polis. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Khutbah Hari Arafah akan diterjemah ke 35 bahasa, disiarkan secara maya
Next: Polis puji keberanian pengawal keselamatan dalam insiden tembak di masjid AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.