
MANILA: Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda Manay, Davao Oriental di Filipina pada 6.27 petang Sabtu waktu tempatan, sehari selepas dua gegaran lebih kuat menggegarkan kawasan sama, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Menurut amaran dikeluarkan oleh Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs), gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km).
Kekuatan keamatan 3 direkodkan di Bandar Mati serta di Sta. Maria, Davao Occidental; Nabunturan, Davao de Oro; dan Malungon, Sarangani.
Sementara itu, Keamatan 2 dirasai di Bandar Digos, Davao del Sur; Alabel dan Kiamba, Sarangani; Tupi, South Cotabato; dan Palimbang, Sultan Kudarat.
-Bernama