Gempa bumi Afghanistan jadikan 600 kanak-kanak yatim piatu

Facebook
WhatsApp
SEORANG wanita Afghanistan dan anak-anak duduk di kem sementara selepas melarikan diri dari rumah mereka susulan gempa bumi, di daerah Nurgal, Wilayah Kunar, pada 4 September 2025. Foto AFP

KARACHI (Pakistan): Gempa bumi kuat yang melanda timur Afghanistan lewat bulan lalu telah menyebabkan ratusan kanak-kanak menjadi yatim piatu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Pihak berkuasa di wilayah Kunar, kawasan paling teruk terjejas, melaporkan lebih 600 kanak-kanak kini yatim piatu akibat gempa bumi berukuran 6.0 magnitud itu, yang turut meragut lebih 2,200 nyawa, menurut Hurriyat Radio.

Menurut Jabatan Syuhada dan Orang Kurang Upaya wilayah berkenaan, kira-kira 200 keluarga kehilangan penjaga akibat bencana itu, menyebabkan sekitar 600 kanak-kanak berdepan masa depan yang tidak menentu.

Bahagian timur Afghanistan dilanda gempa bumi pada 31 Ogos, mengorbankan lebih 2,200 orang dan mencederakan kira-kira 4,000 yang lain, sekali gus memusnahkan wilayah Kunar. – Bernama