Gempa bumi 6.2 skala Richter landa perairan selatan Itali 

Facebook
WhatsApp
Foto FB Jabatan Meteorologi Malaysia

ISTANBUL: Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda perairan selatan Itali lewat Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Gempa yang direkodkan pada kedalaman 247 kilometer (km) itu berlaku 38 km dari Cosenza di wilayah Calabria.

Tiada laporan segera mengenai kematian, kecederaan atau kerosakan besar susulan gegaran itu. – Bernama