Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi 6.2 skala richter landa Hokkaido, tiada amaran tsunami dikeluarkan
  • GLOBAL

Gempa bumi 6.2 skala richter landa Hokkaido, tiada amaran tsunami dikeluarkan

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan

TOKYO: Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Hokkaido, Jepun pada Isnin, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Kyodo News melaporkan gempa pada 5.24 pagi itu mencatatkan bacaan 5 atas pada skala keamatan seismik Jepun daripada 7 di wilayah Tokachi, pulau utama utara Jepun, dan berlaku pada kedalaman sekitar 83 kilometer.

Tiada laporan segera mengenai kecederaan.

Bacaan 5 atas digambarkan sebagai tahap yang menyebabkan orang ramai sukar berjalan tanpa berpaut pada sesuatu.

Menurut Hokkaido Electric Power Co., tiada sebarang insiden dikesan di loji tenaga nuklear Tomari.

Gempa berlaku ketika JMA mengeluarkan nasihat selama seminggu mengenai peningkatan risiko gempa bumi kuat, susulan gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda wilayah Aomori di timur laut Jepun seminggu sebelumnya.

Hokkaido adalah antara tujuh kawasan yang dinasihatkan supaya berwaspada.- Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Paus kelasa terdampar di perairan Jerman akan ditarik ke Laut Utara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.