Gempa bumi 5.8 skala Richter landa Cebu dan kawasan sekitar

Facebook
WhatsApp
BEBERAPA lelaki mencari barangan di sebuah rumah yang runtuh di Manay, wilayah Davao Oriental pada 11 Oktober 2025, selepas dua gempa bumi kuat melanda perairan selatan Filipina pada 10 Oktober, mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang dan mencetuskan amaran tsunami. Foto AFP

MANILA: Gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter menggegarkan Cebu awal pagi Isnin, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Gempa tektonik sebelum ini dicatatkan pada kekuatan 6.0 pada skala Richter itu berlaku 10 kilometer ke barat daya Bogo City pada 1.06 pagi waktu tempatan.

Pusat gempa dikesan pada kedalaman lima kilometer.

ORANG ramai menunggang motosikal melepasi rekahan di atas jalan di Manay, wilayah Davao Oriental pada 11 Oktober 2025, selepas dua gempa bumi kuat melanda perairan selatan Filipina pada 10 Oktober, mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang dan mencetuskan amaran tsunami. Foto AFP

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs), gegaran dirasai di Bogo City, Daanbantayan, Medellin, San Remigio, Tabogon dan Tabuelan di wilayah Cebu, Villaba di Leyte, serta Bandar Escalante di Negros Occidental.

Phivolcs memaklumkan gempa susulan dan kerosakan harta benda berkemungkinan berlaku susulan gegaran itu.

-BERNAMA-PNA