Gempa bumi 4.9 magnitud landa wilayah Sichuan, China

Facebook
WhatsApp
Foto hiasan.

BEIJING: Gempa bumi berukuran 4.9 magnitud melanda wilayah Sichuan di barat daya China, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Pusat gempa bumi berukuran 4.9 magnitud itu berlaku pada 1.08 tengah hari waktu tempatan (05:08 GMT) pada 7 Ogos di Kaunti Gao, bandar Yibin, wilayah Sichuan,” menurut pusat itu dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, pusat gempa terletak pada kedalaman enam kilometer. – Bernama