
KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 4.9 magnitud melanda Wilayah Ibaraki di timur Jepun pada 7.05 malam (waktu tempatan) pada Jumaat, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Gegaran tersebut, pada kedalaman kira-kira 50 kilometer, mencatatkan tahap empat pada skala intensiti seismik Jepun yang mempunyai tujuh paras.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut agensi cuaca itu.
-Bernama